PERKHIDMATAN KAMI

SISTEM ONLINE

Merupakan satu proses di mana seorang kaunselor membantu seorang klien memahami dan menerima maklumat mengenai dirinya serta interaksinya dengan orang lain agar dia dapat membuat keputusan yang berkesan dalam kehidupannya.

Merupakan satu proses perhubungan antara seorang kaunselor dengan beberapa orang klien yang bertemu dengan tujuan menolong antara satu sama lain untuk menghadapi masalah-masalah dalam kehidupan serta mencari, memahami dan melaksanakan cara-cara untuk menyelesaikan tersebut. Perhubungan ini bercirikan kepercayaan, penerimaan, hormat-menghormati, kemesraan, komunikasi dan kefahaman. 

Merupakan satu proses perhubungan antara kaunselor dan pasangan yang berkahwin atau pun yang telah berkeluarga untuk menyelesaikan persoalan perkahwinan/kekeluargaan yang tidak berfungsi secara baik. Penyelesaian dilakukan melalui perbincangan dan penerokaan alternatif terbaik yang dicadangkan oleh pasangan / ahli keluarga sendiri. 

Merupakan satu proses perhubungan antara kaunselor dan pasangan yang berkahwin atau pun yang telah berkeluarga untuk menyelesaikan persoalan perkahwinan / kekeluargaan  yang tidak berfungsi secara baik. Penyelesaian dilakukan melalui perbincangan dan penerokaan alternatif terbaik yang dicadangkan oleh pasangan / ahli keluarga sendiri.

Program psikologi dan kaunseling adalah perkhidmatan  yang ditawarkan meliputi program pembangunan, pencegahan dan intervensi kepada komuniti, asnaf dan organisasi melalui aktiviti, kursus, bengkel, seminar dan sebagainya dalam memastikan mereka meningkatkan ilmu pengetahuan, sikap dan kemahiran yang bersesuaian dan pembangunan kendiri.

Khidmat nasihat undang-undang keluarga Islam merupakan inisiatif bagi menangani atau membantu masyarakat berhadapan dengan isu-isu berkaitan hal ehwal rumah tangga dan kekeluargaan.

Alat Ujian Psikologi merupakan pentaksiran terhadap ilmu yang mengkaji jiwa atau fikiran manusia dan kelakuan manusia.   Aplikasi psikologi dalam penilaian personel merangkumi aktiviti membantu individu memahami minat, personaliti, emosi, sikap dan   pencapaian dengan menggunakan alat ujian psikologi. Ujian Psikologi diukur dengan menggunakan alat – alat ujian psikologi yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks.